top of page

PENGENALAN

Pusat Tuisyen Ummah

Projek Tuisyen Ummah yang lebih dikenali sebagai PROTU adalah sebuah badan kebajikan yang ditubuhkan di bawah sebuah organisasi Pusat Kecemerlangan Ummah (PACU). PROTU ditubuhkan adalah untuk membantu dan memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan akses pendidikan yang sempurna dan meningkatkan prestasi pelajar-pelajar dalam bidang Sains dan Matematik dari sudut pandangan Islam.

 

Setiap pelajar yang ingin mengikuti kelas tuisyen yang dianjurkan akan dikenakan bayaran sebanyak RM150 untuk seorang. Tetapi untuk pelajar yang kurang berkemampuan seperti golongan asnaf, muallaf, anak-anak yatim dan sebagainya tidak akan dikenakan bayaran, sebaliknya mereka akan ditaja oleh syarikat-syarikat yang telah dipilih oleh pihak PROTU atau individu yang sudi untuk memberikan tajaan kepada mereka.

 

Bagi RM150 yang dibayar oleh pelajar daripada keluarga yang berkemampuan pula, wang tersebut akan digunakan untuk membeli bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran. Wang yang selebihnya akan diguna pakai oleh pihak PROTU untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan.

 

Konsep yuran takaful diaplikasikan iaitu golongan yang mampu membantu golongan yang kurang berkemampuan.

 

 

Apakah keistimewaan PROTU berbanding dengan pusat tuisyen lain??

 

  • Pusat tuisyen lain berasaskan bisnes iaitu ROB (Registration of Business) dan ROC (Registration of Company) tetapi PROTU adalah pusat tuisyen yang didaftarkan dengan ROS (Registration of Society) dan tidak berasaskan bisnes semata-mata.

  • PROTU ditubuhkan untuk menawarkan tuisyen kepada asnaf iaitu anak yatim, fakir miskin, PPRT (Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar), mualaf dan sebagainya. Untuk menyatuni yang berbayar adalah bonus untuk PROTU, tetapi bonus tersebut bukanlah digunakan untuk keutamaan PROTU.

  • "Siru a'la barakatillah" itulah perjungan istimewa PROTU yang amat berlainan dengan pusat-pusat tuisyen yang lain.

CAWANGAN KAMI

No 17, Lot 3283,

Simpang MPI Sungai Merab Luar,

4300 Kajang,

Selangor.

No 19, Jalan 6/6,
Lakehill Villas,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Jalan Impian Makmur,
Off Jalan Sungai Sekamat,
Bandar Saujana Impian,
43000 Kajang,
Selangor.

bottom of page