top of page

AKTIVITI 1- KELAS TUISYEN INSENTIF

​

​Kelas Tuisyen Insentif cuti sekolah telah bermula pada 2 Jun 2015. Kelas Tuisyen Insentif ini dikhaskan untuk pelajar tingkatan 1-3 dengan bayaran sebanyak RM 150 sahaja untuk 12 jam. Silabus yang diajar adalah mengikut Sukatan Pelajaran KBSM terkini yang menawarkan modul-modul yang tersusun dan pembelajaran dalam kelompok yang kecil iaitu dalam 5-7 orang pelajar. Subjek yang ditawarkan adalah subjek Matematik dan Sains di mana pelajar-pelajar akan diperkenalkan dengan tokoh-tokoh keilmuan Islam dan kehebatan Al-Quran.

AKTIVITI 2- KELAS TAJAAN

​

Kelas tajaan percuma khas untuk golongan asnaf iaitu anak-anak yatim, fakir miskin, pelajar yang menetap di kawasan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar), mualaf dan sebagainya. Kelas Tajaan Percuma ini dipilih oleh pihak PROTU demi membantu pendidikan mereka kearah yang lebih baik. Contoh yang sedang dijalankan adalah Rumah Anak Yatim Ruqayyah.

AKTIVITI 3- KELAS TAMBAHAN

​

Kelas tambahan untuk pelajar yang bakal mengambil PT3 pada tahun yang akan datang akan bermula pada 12 Oktober 2015. Kelas tambahan ini terbuka kepada pelajar-pelajar yang berumur dalam lingkungan 13-15 tahun dengan bayaran sebayak RM 150 untuk 12 jam. Tutor yang dilatih dan berkelayakan tinggi akan dihantar di mana-mana sahaja untuk mengajar dan membantu pelajar-pelajar yang dalam subjek Sains dan Matematik. Modul yang lengkap akan disediakan oleh pihak PROTU untuk memudahkan lagi proses pembelajaran pelajar-pelajar yang menyertai kelas tambahan ini.

AKTIVITI

bottom of page