top of page
Dari Andalusia Ke Putrajaya: Menyingkap Sejarah Ilmuwan Islam (Siri 1)
 

Benua Eropah pernah terkenal suatu ketika dulu sebagai pusat kegemilangan tamadun Islam. Ketika itu kota-kota besar seperti Baghdad, Kaherah, Kufah, Cordova dan Andalusia menjadi tempat pengumpulan para-para sarjana Islam. Pelbagai kitab-kitab terulung tentang ilmu sains telah dihasilkan oleh para ilmuwan Islam yang cukup terkenal dalam bidang sains seperti fizik, astronomi, perubatan, kimia dan falsafah sains. Ilmuwan Islam seperti Ibnu Sina, Al-Khindi, Al-Farabi, Ibnu Rushd dan Ibnu Khaldun bukanlah suatu nama yang asing. Kebijaksanaan mereka juga sering dicemburui oleh pemikir dan saintis barat.              

Selanjutnya >

Falsafah Sains dan Perkembangan Kaedah Pemikiran Saintifik

 

Kaedah pemikiran saintifik tidak bermula dari pemikiran Popper. Malah pemikiran saintifik, sama seperti alam yang ingin difahaminya, juga telah melalui beberapa langkah evolusi dalam kaedah pemikiranya. Salah satu pendekatan yang terkenal dikemukakan oleh seorang pakar sains dan ahli falsafah Yunani, Aristotle yang memperkenalkan teori sejagat. Teori atau kaedah pemikiran tersebut cuba memahami alam dan segala objek yang dirangkuminya secara kualitatif dan menyeluruh. Kaedah ini telah dikritik sebagai kaedah yang tidak serasi dengan kerangka sains zaman ini yang sangat khusus dalam bidang masing-masing.  Selanjutnya >

Sains dan Teknologi Dalam Pembinaan Tamadun

 

Kegemilangan tamadun islam dalam tempoh tidak kurang dari empat abad menjadi sejarah yang cukup manis dikenang oleh orang islam bahawa, suatu masa dahulu umat ini sememangnya sangat terkehadapan dalam sains dan tradisi keilmuan. Saintis muslim membintangi dunia keintelektualan dengan tamadun Baghdad sebagai puncak kegemilangannya, khususnya semasa era pemerintahan khalifah Harun al-Rashid dan puteranya al-Makmum.

Selanjutnya >

bottom of page